Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player

ABOUT US THE COLLECTION OUR SERVICES GALLERY / ARCHIVES PRESSROOM CONTACT US
Advertorial
  MalaysiaTatlerHomes Special Feature the address
  Magazine Advertorial 1
  Magazine Advertorial 2
  High Point North Carolina USA 2011
  MBJ Medieval Dinner UK
  CG Milan Expo Apr 11
  MBJ Launch 09 KL
  Press Ad OP July
  Get the Finest of Life
  Art of Living
  Australian Vogue
  New Straits Times
  The Star Newspaper
  Glam Deco
  Malaysia Tatler
  Room
  The Gardens
  Home
  Female
   
 

Transisi Seni

 

Masakan mata boleh terlepas pandang butik perabot berpintu kaca setinggi 12 kaki berhias lingkaran besi tempawan hitam di aras dua gedung membeli belah Gardens. Gambaran kedai perabot dan butik permata mewah di Rue St Honore, Paris segera mengimbas ingatan. Diperindahkan ‘window display’ dengan himpunan kerusi klasik Louis XIV, pasu lacquer emas dan perhiasan geek, the address™ melaungkan karakter tersendiri. Pemiliknya Sophiane berbangga dapat merealisasikan impiannya. Katanya sejak dulu lagi dia mengimpikan kedai perabot yang membiaskan personalitinya. Butik perabot yang bukan konvensional tetapi penuh penyataan seni. Ruang kedai the address™ sendiri memperlihatkan seni dengan penggunaan simen konkrit sepenuhnya tetapi dilembutkan dengan buga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan.

“Bagi saya mereka yang singgah di sini adalah mereka yang memiliki apresiasi seni tinggi terhadap perabot dan perhiasan rumah. Mereka ini mahukan kelainan, mencipta suasana tersendiri dan berbeza penampilan. Kata Sophiane yang gemar menyebut dirinya insan transisi yang menyatukan elemen klasik dengan seni moden secara halus dan tanpa disedari. Kedai perabotnya klasik dengan ciri moden mendominasi. Kerusi Louis XIV ‘dilembutkan’ wajah klasiknya dengan pengunaan fabrik, warna dan tekstur moden.

Di sini ada kerusi telur (egg chair), almari cermin teroksida Phillippe Stark dan terbaru sofa kulit motif bunga anggerik. Selain perabot, the address™ turut menghimpunkan pasu-pasu Lacquer (sampang) dalam pelbagai saiz, bentuk dan warna yang dapat memercikkan gaya moden pada kediaman jika konsep hiasan anda klasik. Anda juga boleh memilih bekas dan kaki lilin, lilin aneka bentuk, pinggan mangkuk, cincin napkin, bunga-bungaan serta perhiasan gerek.

Dari kiri: Pasu seramik dengan permukaan tidak rata serta pasu bercorak bintik htam penambah gaya dari Ombak. Koleksi Ginkgo daripada Daum Pasu Root, daripada Daum Crystal. Pasu biru firus dengan tona hitam. Daun Xanado, Bunga Agapanthrs Putih, daripada the address™. Pasu kecil berona gangsa, daripada the address™. Pasu dengan corak unik rona emas, daripada the address™.